Prestasi Dua Pasukan Terengganu Diteliti Sebelum Tindakan Diambil - Ahmad Said

Diterbitkan: Rabu, 5 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkatam beliau akan meneliti laporan terperinci daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berhubung prestasi pasukan Terengganu dan T-Team dalam saingan Piala Malaysia, sebelum sebarang tindakan diambil.

Beliau berkata, tindakan itu dilakukan berikutan kedua-dua pasukan tersebut telah mempamerkan prestasi hambar menyebabkan mereka gagal layak ke suku akhir piala berkenaan.

"Kita mahu melihat bola sepak Terengganu berjaya seiring dengan pelaburan yang dikeluarkan. Hasrat kita pastinya nak menang dan merangkul kejuaraan Piala Malaysia.

"Oleh itu, saya akan buat keputusan muktamad selepas satu lagi perlawanan yang perlu dilalui kedua-dua pasukan tersebut," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Hari Raya Perdana peringkat Terengganu di Padang Astaka Kuala Berang dekat sini, Rabu.

Mulai tahun depan, Ahmad berkata, beliau akan dibantu pengurusan PBSNT sebelum membuat sebarang keputusan mengenai penubuhan pasukan, pemilihan pemain dan sebagainya.

Katanya, ini kerana terdapat ramai pemain yang kurang layak dan sesetengahnya ibarat 'penumpang' dalam pasukan termasuk di bahagian penyerang.

Berhubung tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat beberapa pemain Terengganu kini, Ahmad berkata: "Kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku.

"Jika orang ramai atau pihak pengurusan PBSNT ada maklumat, harap maklumkan perkara itu kepada SPRM untuk tujuan siasatan".

Ditanya mengenai perbalahan di antara jurulatih Terengganu, Peter James Butler dengan penjaga gol utama pasukan itu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Ahmad bagaimanapun enggan mengulas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan