T-Team Mungkin Dibubar Jika Terus Pamer Prestasi Hambar - Ahmad Said

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Pasukan T-Team mungkin dibubarkan pada musim depan jika skuad kendalian Yunus Alif itu menunjukkan prestasi hambar dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata jika T-Team gagal menyerlah, ia sesuatu yang merugikan kerana pasukan berstatus kelab berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

"Sehingga kini, kita sudah melabur banyak untuk T-Team tetapi pasukan ini tidak menunjukkan prestasi dan pencapaian memberangsangkan.

"Oleh itu, kemungkinan T-Team tidak akan ada lagi pada tahun depan jika pasukan itu berterusan kalah dalam kempen Piala Malaysia musim ini," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Wanita Umno Bahagian Kemaman di sini, Isnin.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata pasukan T-Team perlu melakukan sesuatu serta mengubah corak permainan supaya dapat mencatat kemenangan pada perlawanan akan datang.

Setelah mengharungi empat perlawanan Piala Malaysia dalam kumpulan D, T-Team menghuni tangga tercorot selepas mengumpul satu mata.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada pengendali pasukan Terengganu, Peter James Butler untuk membimbing skuad Penyu itu.

Beliau percaya jurulatih dari England itu mampu membawa perubahan serta nafas baru walaupun pasukan Terengganu kini sedang menghadapi masalah.

Mengenai kedudukan Ahmad Sharbinee Allawee Ramli, Ahmad berkata penjaga gol Terengganu itu mungkin tidak diturunkan pada perlawanan seterusnya berikutan sikapnya yang tidak berdisiplin.

"Saya pasti Butler mempunyai alasan tertentu berbuat demikian dan sebagai pemain, Sharbinee dan kesemua pemain skuad Terengganu perlu berdisiplin dan berintegriti tinggi bukannya melakukan perkara memalukan," katanya.

Sharbinee dikatakan menjadi sasaran kemarahan Butler selepas penjaga gol itu melepaskan gol mudah ketika Terengganu seri 1-1 menentang Kedah pada perlawanan Piala Malaysia di laman sendiri, dua hari lepas.

Insiden itu menimbulkan kemarahan jurulatih dari England itu apabila bekas penjaga gol kebangsaan itu menunjukkan sikap protes dengan membaling bekas minuman ke arah Butler sebaik dikeluarkan untuk digantikan dengan penjaga gol kedua, Md Sharmiza Yusof.

Ahmad turut memberi amaran untuk mencari pemain baru bagi menggantikan pemain sedia ada jika mereka tidak mengubah sikap.

"Pertukaran pemain adalah perkara biasa dalam perlawanan. Mesti ada sebab tertentu ketua jurulatih (Butler) berbuat demikian (menggantikan Sharbinee dengan penjaga gol simpanan)," katanya.

Ahmad berkata kerajaan negeri tidak keberatan menaikkan gaji jika diminta kerana ia bagi mengiktiraf pemain yang berdisiplin dan berintegriti. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan