Peteh Mahu Pemain Khianat Pasukan Terengganu Disingkir

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (Peteh) mendesak Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengambil tindakan tegas terhadap pemain yang 'khianat' kepada pasukan.

Setiausahanya Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata ini termasuk menyingkir pemain yang tidak berdisiplin dan setia.

"Kita desak PBNST tidak perlu lagi menyimpan pemain seumpama ini kerana pasukan Terengganu akan lebih teruk sekiranya semakin lama pemain sedemikian disimpan," katanya.

Beliau berkata pemain yang tidak jujur bukan sahaja memalukan rakan sepasukan mereka tetapi juga merosak reputasi kerajaan negeri yang begitu komited dengan pembentukan kecemerlangan pasukan Terengganu.

Pada masa yang sama, Peteh mahu pihak jurulatih atau pegawai PBSNT tidak sewenang-wenang membuat kenyataan berunsur negatif mengenai pasukan kepada media.

Terengganu dilanda kontroversi termasuk mengenai masalah antara pemain dengan jurulatih dan pergaduhan pemain dengan pasukan lain dalam kejohanan Piala Malaysia yang sedang berlangsung.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan