Michael Owen Akan Dilamar Pasukan Dari Liga Super Malaysia?

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Owen dikatakan akan menyarung jersi salah sebuah pasukan di Malaysia.
Owen dikatakan akan menyarung jersi salah sebuah pasukan di Malaysia.

PETALING JAYA: Pintu perpindahan bolasepak Eropah telah pun ditutup Jumaat lalu dan bekas penyerang England dan Manchester United, Michael Owen merupakan satu-satunya pemain profesional tanpa kelab musim ini.

Tetapi tidak mengapa kerana dia mungkin sedang menimbang untuk datang bermain di Malaysia.

Sebuah pasukan dalam Liga Super Malaysia yang kini sedang mendahului kumpulan dalam siri Piala Malaysia akan menghantar wakil ke London minggu ini untuk bertemu dengan Owen, 32.

Mereka akan berlepas dengan sekumpulan usahawan yang bersedia untuk menjadi penaja pemain berusia 31 tahun itu.

Mstar Online difahamkan, Owen bakal ditawarkan gaji menghampiri RM1 juta sebulan untuk bermain bersama pasukan berkenaan - iaitu jumlah ganjaran yang menyamai apa yang dibayar oleh Manchester United kepadanya musim lalu.

Owen sebelum ini dipetik oleh akhbar The Sun UK sebagai berkata bahawa dia sedang menimbang untuk menyertai sebuah kelab dalam Liga Perdana Inggeris walaupun ada menerima tawaran daripada dua buah kelab Eropah.

Bagaimanapun sehingga pintu perpindahan ditutup tengah malam Jumaat lalu, nama Owen masih tidak muncul dalam mana-mana senarai kelab dalam Liga Perdana Inggeris.

Selain bermain sebanyak 52 kali bersama Manchester United dan menjaringkan 17 gol selama tiga musim, Owen juga pernah mewakili Real Madrid sebanyak 45 kali dan menjaringkan gol sebanyak 16 kali serta Newcastle United sebanyak 79 kali (30 gol).

Laporan terbaru media Britain pada Isnin pula menyebut bahawa Liverpool kini turut menimbang untuk mendapatkan semula khidmat Owen yang pernah mewakili kelab itu sebanyak 297 kali dan menjaringkan 158 gol sepanjang tempoh lapan musim bermain bersama mereka.

Hasrat Liverpool untuk mendapatkan khidmat Owen semula muncul selepas pengurus pasukan, Brendan Rodgers gagal memperolehi khidmat penyerang baru setelah meminjam Andy Carroll kepada West Ham.

Ekoran daripada itu, Liverpool tewas kepada Arsenal 0-2 dalam perlawanan liga pada Ahad yang menyaksikan persembahan buruk pasukan itu dalam pembukaan liga sejak tahun 1962.

Selepas mengharungi tiga perlawanan liga, Liverpool belum memenangi sebarang perlawanan - tewas dua kali dan seri sekali.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan