Balotelli, Cassano Tidak Tersenarai Dalam Skuad Itali

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Balotelli bakal menjalani pembedahan mata Sabtu ini.
Balotelli bakal menjalani pembedahan mata Sabtu ini.

PEMAIN pilihan utama skuad Itali pada aksi Euro 2012 baru-baru ini, Mario Balotteli dan Antonio Cassano tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan itu menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia minggu ini.

Dengan itu, Giampaolo Pazzini dipanggil bagi menggantikan mereka selepas sehari dia menjaringkan hatrik untuk kelab barunya, AC Milan sekali gus menang 3-1 di Bologna.

Pazzini yang melalui situasi sukar untuk menjaringkan gol musim lalu di kelab lamanya, Inter Milan tidak disenaraikan dalam skuad Itali baru-baru ini.

Sementara itu, Balotelli tidak tersenarai kerana bakal menjalani pembedahan mata pada Sabtu ini.

Manakala, Cassano yang beraksi untuk Inter Milan tidak didedahkan puncanya yang tidak turut serta dalam skuad.

Itali bakal bertemu Bulgaria pada Jumaat ini dan akan menerima kunjungan Malta empat hari selepas itu bagi kempen akhir di Brazil 2014.

Skuad Itali;

Penjaga gol : Gianluigi Buffon (Juventus), Morgan De Sanctis (Napoli), Salvatore Sirigu (Paris St. Germain), Emiliano Viviano (Fiorentina);

Pemain pertahanan : Davide Astori (Cagliari), Federico Balzaretti (Roma), Andrea Barzagli (Juventus), Leonardo Bonucci (Juventus), Mattia Cassani (Fiorentina), Christian Maggio (Napoli), Angelo Ogbonna (Torino);

Pemain tengah: Daniele De Rossi (Roma), Alessandro Diamanti (Bologna), Emanuele Giaccherini (Juventus), Claudio Marchisio (Juventus), Antonio Nocerino (Milan), Andrea Pirlo (Juventus), Andrea Poli (Sampdoria), Marco Verratti (Paris St. Germain);

Penyerang: Marco Borini (Liverpool), Mattia Destro (Roma), Sebastian Giovinco (Juventus), Lorenzo Insigne (Napoli), Pablo Osvaldo (Roma), Giampaolo Pazzini (Milan).

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan