QPR Sunting Pemain Tengah Real Madrid

Diterbitkan: Sabtu, 1 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Granero (kiri) berjabat tangan dengan pengurus QPR,Hughes.
Granero (kiri) berjabat tangan dengan pengurus QPR,Hughes.

QUEENS Park Rangers berjaya mengikat pemain tengah Real Madrid, Esteban Granero tanpa mendedahkan nilai perpindahan tersebut.

pemain berusia 25 tahun itu bersetuju menandatangani kontrak selama empat tahun di Loftus Road selepas melakukan 60 aksi bersama Los Blancos.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Mark Hughes:"Dia adalah seorang pemain hebat. Kamu tidak akan bermain dengan Real Madrid jika kamu tidak hebat".

Tambah Hughes: "Dia telah berada di sana sejak berumur sembilan tahun, jadi ia satu keputusan yang besar buatnya. Dia sangat dikenali di sana dan keputusannya untuk meninggalkan kelab itu adalah bukti dia mempercayai apa yang kami sedang lakukan.

"Dia mempunyai semangat dan tekniknya adalah satu kelebihan, seperti yang kamu jangkakan daripada seorang pemain Real Madrid."

Selain itu, QPR juga turut berbincang dengan Marseilli untuk membawa pemain tengah dari Cameoon, Stephane M'Bia, namun hanya akan berlaku sekiranya Barton berpindah ke pasukan lain.

M'Bia,26, sebelum ini mengumumkan sedia berpindah ke QPR, tetapi tawaran itu hanya terpulang pada perpindahan Barton.

"Setakat ini tidak ada apa-apa perjanjian. M'Bia cuba berpindah mengikut kehendaknya.

"Setakat ini dia tidak beraksi (dalam Liga Europa bertemu Sheriff Tiraspol) kerana dia berada dalam senarai perpindahan," jelas kenyataan Marseille kepada AFP.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan