Liga Juara-Juara: Man City Berada Dalam Kumpulan Maut

Diterbitkan: Sabtu, 1 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain Chelsea, Frank Lampard membawa trofi Liga-Juara-Juara yang dijulang pasukannya musim lalu pada majlis undian kumpulan CL di Monaco, Khamis. Foto: AFP
Pemain Chelsea, Frank Lampard membawa trofi Liga-Juara-Juara yang dijulang pasukannya musim lalu pada majlis undian kumpulan CL di Monaco, Khamis. Foto: AFP

JUARA Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, Mamchester City bakal berdepan dengan Real Madrid, Ajax dan Borrussia Dortmund dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas (CL) majlis undian di Monaco, lewat malam Khamis.

City antara satu-satunya kelab Inggeris yang berada dalam Kumpulan D dianggap kumpulan 'maut' akan berdepan dengan juara sembilan kali CL, Real Madrid yang diterajui jurulatih Jose Mourinho, juara Jerman- Borrussia Dortmund dan pemenang Liga Belanda - Ajax Amsterdam.

"Saya fikir ia adalah kumpulan yang paling sukar kerana bersama dengan juara Belanda, Sepanyol dan Jerman," jelas duta Man City, Patrick Vieira.

"Namun inilah yang dipanggil Liga Juara-Juara. Kamu perlu bermain dan kalahkan semua pasukan ini untuk menang. Dan kami mahu menang."

Sementara itu, juara bertahan CL, Chelsea dilihat turut berada dalam kumpulan sukar, Kumpulan E bersama Shakhtar Donetsk (Ukraine) dan pendatang baru dari Denmark, FC Nordsjaelland.

Manchester United berada dalam Kumpulan H bersama Braga, Galatasaray dan Cluj, manakala Arsenal berada dalam Kumpulan B bersama Schalke, Olympiacos dan Montpellier.

Satu lagi pasukan yang bakal menjadi tumpuan ialah Barcelona yang diundi berada dalam Kumpulan G bersama Benfica, Spartak Moscow dan Celtic.

Manakala pasukan Bayern Muninch yang tewas kepada Chelsea pada aksi akhir tahun lalu bersama Valencia, Lille dan BATE Borisov dalam Kumpulan F.

Semua perlawanan akan bermula pada 18 September ini.

Senarai undian kumpulan Liga Juara-Juara 2012/13;

KUMP A: Porto, Dynamo Kiev, Paris Saint-Germain, Dinamo Zagreb

KUMP B: Arsenal, Schalke, Olympiakos, Montpellier

KUMP C: AC Milan, Zenit St Petersburg, Anderlecht, Malaga

KUMP D: Real Madrid, Manchester City, Ajax, Borussia Dortmund

KUMP E: Chelsea, Shakhtar Donetsk, Juventus, Nordsjaelland

KUMP F: Bayern Munich, Valencia, Lille, BATE Borisov

KUMP G: Barcelona, Benfica, Spartak Moscow, Celtic

KUMP H: Manchester United, Braga, Galatasaray, Cluj

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan