Carroll Sah Sarung Jersi West Ham - Bola Sepak | mStar

Carroll Sah Sarung Jersi West Ham

Diterbitkan: Sabtu, 1 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Carroll menunjukkan jersi pasukan baru yang akan dipakai musim ini.
Carroll menunjukkan jersi pasukan baru yang akan dipakai musim ini.

WEST Ham secara rasminya telah mengikat penyerang Liverpool, Andy Carrol sebagai pemain pinjaman dalam tempoh yang panjang.

Kelab Hammers itu juga akan membeli pemain berusia 23 tahun, namun tidak mendedahkan nilai perpindahan.

"Ia sesuatu yang menarik dapat berada di West Ham dan semuanya telah selesai. Saya tidak sabar untuk memulakan aksi.

"Saya mahu bermain semua perlawanan dan harap dapat juga menjaringkan gol. Saya kenal rapat pengurus (Sam Allardye), jadi ia sangat bagus berada di tempat yang kamu mengenali orang.

"Saya juga berharap mampu mencipta peluang jaringan dan melakukannya. Saya mengenali Sam dari Newcastle dan dia adalah salah satu sebab mengapa saya datang ke sini.

"Ketika saya bekerja dengannya di Newcastle, ia satu pengalaman yang sungguh berharga," jelas Carroll.

Sebelum ini, Carroll tiba di Liverpool dengan harga £35m (RM173 juta) pada Januari 2011.

Namun dia terpaksa bekerja keras untuk menonjol dalam skuad The Reds sejak Brendon Rodgers mengambil alih jawatan pengurus musim ini.

Sementara itu, Allardyce berkata, bekas pemain Newcastle itu mempunyai kemahiran tersendiri yang boleh membantu pasukan.

"Saya dapat rasakan ia adalah satu keputusan yang baik. Andy adalah seorang pemain yang boleh berada di mana-mana, tetapi dengan ketinggian 6'3", ia dijadikan kekuatan pasukan.

"Saya berharap dia mampu menjaringkan gol untuk kami dan boleh membantu meletakkan pasukan di tempat yang selesa penghujung musim ini," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: West Ham , Liverpool , Andy Carrol
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan