Roy Hodgson Umum Senarai Skuad Piala Dunia England

Diterbitkan: Jumaat, 31 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS ENGLAND, Roy Hodgson telah menamakan pasangan muda Chelsea, Daniel Sturridge dan Ryan Bertrand di dalam skuad kebangsaan untuk berhadapan dengan Moldova dan Ukraine dalam pusingan kelayakan Piala Dunia minggu hadapan.

Kedua-dua pemain itu turut terlibat dan mempersembahkan permainan yang memberansangkan ketika diturun bermain menentang Itali dalam perlawanan persahabatan di Berne, Switzerland baru-baru ini.

Bekas kapten John Terry, turut disenaraikan oleh Hodgson walaupun tidak diturunkan oleh Chelsea hujung minggu lalu kerana kecederaan pada tengkuknya.

Dua orang penjaga gol muda Jack Butland dan John Ruddy dinamakan sebagai penjaga gol pilihan kedua dan ketiga di belakang Joe Hart.

Tiada tempat untuk penjaga gol QPR, Rob Green.

Kyle Walker, yang terpaksa dikeluarkan dari skuad Euro 2012 kerana kecederaan ibu kaki kini dimasukkan semula sebagai pemain bek kanan bersama-sama pemain Liverpool, Glen Johnson. Pemain tengah Arsenal yang semakin mencipta nama, Alex Oxlade-Chamberlain juga turut disenaraikan.

Satu-satunya nama besar yang tidak disenaraikan ialah pemain sayap Manchester United, Ashley Young.

England dijadualkan bertemu Moldova pada 7 September dan selepas itu betemu Ukraine pada 11 September.

Skuad penuh England adalah seperti berikut;

Penjaga Gol: Jack Butland (Birmingham City), Joe Hart (Manchester City), John Ruddy (Norwich City).

Pertahanan: Leighton Baines (Everton), Ryan Bertrand (Chelsea), Gary Cahill (Chelsea), Ashley Cole (Chelsea), Phil Jagielka (Everton), Glen Johnson (Liverpool), Joleon Lescott (Manchester City), John Terry (Chelsea), Kyle Walker (Tottenham Hotspur).

Tengah: Michael Carrick (Manchester United), Tom Cleverley (Manchester United), Alex Oxlade-Chamberlain (Arsenal), Steven Gerrard (Liverpool), Adam Johnson (Sunderland), Frank Lampard (Chelsea), James Milner (Manchester City), Theo Walcott (Arsenal).

Penyerang: Andy Carroll (Liverpool), Jermain Defoe (Tottenham Hotspur), Daniel Sturridge (Chelsea), Danny Welbeck (Manchester United).

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan