Bola Keranjang: Westports Malaysia Dragons Adakan Ujian Terbuka

Diterbitkan: Khamis, 30 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Westports Malaysia Dragons (Dragons) akan mengadakan beberapa ujian pada pertengahan Oktober untuk melengkapkan jadualnya bagi bahagian lelaki Liga Bola Keranjang Kebangsaan Malaysia (MNBL).

Penasihat teknikal Dragons dan bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia Goh Cheng Huat berkata pasukan itu akan menawarkan kontrak separuh masa atau sepenuh masa kepada pemain terpilih dan mungkin menawarkan kontrak jangka panjang kepada mereka untuk bermain bagi pasukan itu pada kejohanan Liga Bola Keranjang Asean AirAsia (ABL) musim keempat pada Januari tahun depan.

"Terdapat ramai pemain berbakat di luar sana yang mempunyai potensi besar.

"Ramai yang telah kami lihat dan ramai juga yang belum kami temui. Ini peluang bagi pemain untuk tampil ke hadapan dan menunjukkan kepada kami apa yang mereka miliki untuk layak bermain bola keranjang di peringkat profesional," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sesi ujian ini terbuka kepada rakyat Malaysia dan bukan rakyat Malaysia. Calon mestilah berusia 16 hingga 33 tahun.

Pemilihan akan diadakan di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Bukit Kiara pada 7 Sept, pukul 8 malam, dan pada 8 serta 9 Sept, pukul 3 petang.

MNBL dianjurkan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA).

Maklumat lanjut tentang Dragons boleh didapati dengan melayari www.kldragons.com.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan