Berbatov Sedia Berpindah Ke Fiorentina

Diterbitkan: Khamis, 30 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Berbatov sedia bertukar angin selepas gagal memikat hati Ferguson di Man United.
Berbatov sedia bertukar angin selepas gagal memikat hati Ferguson di Man United.

PENYERANG Manchester United, Dimitar Berbatov akhirnya terbang ke Itali bagi menyertai kelab Seria A, Fiorentina pada Rabu, menurut satu sumber pemain kelahiran Bulgaria itu.

"Fiorentina telah bersetuju dengan syarat-syarat yang dikemukakan oleh Dimitar dan dia akan membuat pengumuman secepat mungkin," jelas satu sumber yang tidak mahu dikenali.

Katanya, perpindahan ini akan berjaya selepas Berbatov menjalani pemeriksaan kesihatan.

Berbatov menjadi pemain Man United termahal dari Tottenham Hotspurs pada tahun 2008 dengan harga £30.75 juta (RM152 juta) dan telah bersetuju dengan perjanjian Fiorentina bersama dua tahun kontrak serta mendapat pilihan untuk menyambungnya.

Pemain berusia 31 tahun itu menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2010/11 dengan 20 gol namun gagal menarik minat bos Man United, Sir Alex Ferguson untuk menyenaraikannya dalam skuad utama.

Sebelum ini, Ferguson telah menjelaskan bahawa masa Berbatov telah tiba, lebih-lebih lagi selepas mengikat penyerang Arsenal, Robin van Persie musim baru ini.

Sekiranya perjanjian perpindahan ini selesai, Berbatov bakal menjadi pemain Bulgaria keempat yang dibeli Fiorentina sejak tahun 2005 hingga 2007.

Perpindahanan ini juga dianggap mampu mengembalikan keyakinan diri kepada Berbatov dalam kariernya sejak bersara dalam aksi antarabangsa.

Awal tahun ini, Berbatov berkata, dia bersedia untuk menerima tawaran Luboslav Penev yang boleh memberinya peluang bermain lebih kerap.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan