Bayern Ikat Martinez Lima tahun

Diterbitkan: Khamis, 30 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Javi Martinez
Javi Martinez

BAYERN Munich berjay mengikat pemain tengah Sepanyol, Javi Martinez dari kelab Athletic Bilboa.

Pemain berusia 23 tahun yang mempunyai kelebihan bermain dalam pelbagai posisi ini diikat dengan kontrak lima tahun bersama kelab gergasi Liga Jerman.

"Sudah tentu ia satu nilai yang besar, tetapi pemain ini terlibat secara langsung. Dia telah diberi gaji yang lumayan," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge.

Perjanjian ini menyaksikan Martinez bakal memakai jersi No.8 dan akan mempamerkan aksi pertama Ahad ini ketika menerima kunjungan Stuttgart di Allianz Arena.

Martinez merupakan pemain yang 'dilahirkan' oleh Osasuna, telah melakukan 201 aksi bersama Bilboa dalam siri La Liga sejak menyertai skuad senior 2006.

Pada tahun lalu, Athletic Bilboa yang dikendalikan oleh Marcelo Bielsa itu berjaya mara ke final dalam dua aksi besar, Copa del Rey dan Liga Europa.

Biarpun gagal dalam kedua-dua final itu, Martinez memainkan peranan penting dalam membantu skuad Sepanyol menjulang trofi Euro 2012 sekaligus menambah koleksi sebagai juara Eropah selepas turut menjadi juara Piala Dunia 2010.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan