Piala Malaysia: Kedah, Pahang, Sime Darby Menang Selesa

Diterbitkan: Rabu, 29 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat pasukan iaitu Pahang, Selangor, Kedah dan Sime Darby mencatat kemenangan pada perlawanan ketiga saingan Piala Malaysia pada Selasa.

Juara dua kali, Pahang mencatat kemenangan besar apabila membelasah Sarawak 6-0 pada saingan Kumpulan D di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Enam gol skuad Tok Gajah dijaringkan Mohd Fauzi Roslan pada minit ke-32, ke-45 dan ke-87, Mohd Hafiz Kamal (minit ke-60), Boris Kochkin (minit ke-70) dan R. Gopinathan pada minit ke-90.

Juara 32 kali, Selangor yang mencatat keputusan tidak menentu pada dua perlawanan lepas, bangkit bagi mencatat kemenangan pertama apabila mengalahkan T-Team 1-0 pada satu lagi saingan kumpulan D di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Gol tunggal pasukan Gergasi Merah itu dijaringkan Mohd Safiq Rahim menerusi sepakan penalti pada minit ke-79.

Pasukan berstatus kelab Sime Darby yang turut mempamer prestasi sama pada dua perlawanan terdahulu bangkit untuk mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Felda United dalam saingan Kumpulan C di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Tiga gol skuad bimbingan Ismail Zakaria itu dijaringkan penyerang berbisa mereka, Patrick Ronaldinho Wleh pada minit kesembilan dan ke-50 serta Mohd Faiz Mohd Isa pada minit ke-20 manakala dua gol Felda United disumbangkan oleh S. Sivanesan pada minit ke-40 dan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-60.

Kedah turut mencatat kemenangan pertama dalam kempen Piala Malaysia pada kali ini selepas mengalahkan Terengganu 2-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Dua gol skuad Kenari dijaringkan oleh Mohd Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-10 dan ke-47 manakala gol tunggal skuad Penyu dijaringkan oleh Abdul Hadi Yahya pada minit ke-22.

Sementara itu juara Liga Perdana musim ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya mampu seri 1-1 dengan juara Liga Super musim ini, Kelantan pada saingan Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Marlon Alex James membuka tirai jaringan untuk skuad ATM pada minit ke-56 sebelum pemain import Kelantan dari Nigeria, Obinna Nwaneri menyamakan kedudukan pada minit ke-87.

PKNS Selangor turut mencatat keputusan seri 1-1 ketika bertemu Johor FC dalam saingan kumpulan A di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Dalam satu lagi saingan kumpulan A, pasukan Johor terikat tanpa jaringan ketika bertemu wakil Singapura, Lions XII di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Keputusan sama turut dicatat oleh juara bertahan Piala Malaysia Negeri Sembilan ketika bertemu Perak dalam saingan Kumpulan C di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan