Piala Malaysia: Dollah Yakin Tok Gajah Mampu Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Rabu, 29 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Ketua jurulatih skuad Pahang Dollah Salleh yakin anak buahnya mampu mara ke suku akhir saingan Piala Malaysia jika rentak permainan semasa meratah Sarawak 6-0 malam tadi dikekalkan.

Mengakui anak didiknya sering leka pada minit-minit akhir perlawanan, Dollah berkata berdasarkan perlawanan malam tadi, pemainnya mendengar pesanan beliau dan membaiki corak permainan.

"Saya kata kita main bola bukan hanya untuk 60 minit sahaja tapi 90 minit. Ternyata apa yang ditegur mereka perbaiki," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di Stadium Darul Makmur di sini.

Dalam perlawanan itu skuad Tok Gajah membaham Bujang Senang menerusi jaringan hatrik Mohd Fauzi Roslan selain ledakan gol Hafiz Kamal, Kockin Boris dan R. Gopinathan.

Keputusan itu membolehkan Pahang mengumpul tujuh mata untuk kekal berada di atas dalam Kumpulan D, diikuti Selangor yang mengutip tiga mata.

Sementara itu, Mohd Fauzi dan Boris menyifatkan jaringan mereka adalah hadiah hari jadi kepada diri sendiri kerana masing-masing menyambut ulang tahun kelahiran pada 27 dan 28 Ogos.

Kata Mohd Fauzi yang menyambut hari jadi ke-24, beliau berhasrat melakukan sesuatu yang berfaedah kepada pasukan pada pertemuan dengan Sarawak itu.

Jaringan hatrik ini adalah hadiah terbaik saya, katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan