Piala Malaysia: Ahmad Kecewa Prestasi Dua Pasukan Terengganu Merudum

Diterbitkan: Rabu, 29 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa dukacita dengan prestasi dua pasukan dari negeri itu pada saingan Piala Malaysia musim ini.

Katanya beliau kecewa dengan corak permainan pasukan negeri dan pasukan kelab T-Team pada perlawanan peringkat kumpulan dan meminta jurulatih supaya mengubah taktik dan strategi bagi memulihkan prestasi bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

"Saya haraplah jurulatih kena kreatif, cari formula kerana kita sudah lama bermain bola, takkan tak ada cara untuk mengatasi kelemahan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di sini Rabu.

Pasukan Terengganu dan T-Team kini menghadapi laluan sukar ke peringkat suku akhir Piala Malaysia selepas mengharungi tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Terengganu menghuni tangga ketiga dalam Kumpulan B dengan mengumpul tiga mata, di belakang pendahulu kumpulan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan.

Manakala T-Team tercorot dalam Kumpulan D dengan hanya satu mata dengan Pahang mendahului kumpulan dengan tujuh mata diikuti Selangor dan Sarawak, masing-masing dengan empat mata.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan