Brendan Rodgers Mahu Ubah Posisi Stewart Downing

Diterbitkan: Rabu, 29 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS BARU Liverpool, Brendan Rodgers terus dilihat cuba merobek skuad yang dibina oleh Kenny Dalglish apabila dia memberi indikasi kepada pemain sayap, Stewart Downing bahawa masa depannya bersama kelab itu hanya akan terjamin sekiranya bersedia mengubah posisi.

Rodgers kini mahu meletakkan Downing, 28, sebagai bek kiri.

Dalglish telah membayar £20 juta untuk mendapatkan khidmat Downing musim lalu bagi mengisi posisi sayap kiri.

Pemain itu telah mewakili England sebanyak 34 kali dan merupakan sebahagian daripada skuad Euro 2012.

Rodgers yang mengantikan Dalglish pada Jun lalu telah dilihat tidak begitu berkenan dengan sebahagian besar pemain yang pernah dibeli oleh Dalglish.

Selain memberi amaran kepada Downing dia juga tidak berkenan dengan Andy Carroll, yang dibeli oleh Dalglish dari Newcastle dengan harga rekod £35 juta musim lalu.

Carroll masih belum diturunkan mewakili Liverpool dalam dua perlawanan pembukaan musim.

Seorang lagi pemain yang dibeli oleh Dalglish pada harga £9 juta iaitu Charlie Adam juga telah diletakkan dalam senarai pemain yang akan dijual.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan