Pahang Yakin Melangkah Ke Suku Akhir Piala Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 28 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Skuad Tok Gajah yang kini mendahului kumpulan D dalam saingan Piala Malaysia yakin dapat melangkah ke pusingan suku akhir.

Sekalipun masih awal, Naib Presiden Satu Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Datuk Dr Omar Othman berkata, pada dua perlawanan dalam Kumpulan D yang lalu, skuad Tok Gajah menunjukkan aksi cemerlang dengan menewaskan T-Team 3-2 di gelanggang sendiri manakala seri 2-2 dengan Selangor di tempat lawan.

"Bagi saya, skuad Tok Gajah dilihat berada pada landasan yang betul, bagaimanapun para pemain diminta jangan mudah leka atau berasa selesa dengan kedudukan sekarang," katanya kepada Bernama di sini, ISnin.

Skuad Tok Gajah akan bertemu Sarawak 8.45 malam Selasa di Stadium Darulmakmur yang kini juga mengumpul empat mata.

"Kita berharapkan sokongan padu penyokong Pahang di Stadium Darul Makmur malam esok," katanya.

Omar berkata, pihak pengurusan stadium juga mengambil langkah bagi membuka pintu masuk tambahan kepada penyokong daripada tiga kepada enam untuk mengelakkan kesesakan selain membuka kaunter tiket lebih awal iaitu pada 4 petang.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan