Komitmen Skuad Penyu Ditagih Bertemu Kedah Pada Selasa

Diterbitkan: Selasa, 28 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan Terengganu disaran agar memberi komitmen terbaik dalam usaha meraih kemenangan ketika turun menentang Kedah di Stadium Darul Aman, malam Selasa.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berkata, beliau tidak mahu pasukan Terengganu hanya gah pada nama kerana dibarisi beberapa pemain kebangsaan yang berkebolehan.

Sebaliknya, beliau mahu para pemain membuktikan mereka juga mempunyai kemampuan untuk membawa pulang Piala Malaysia musim ini.

"Kejayaan sesebuah pasukan bukan hanya bergantung kepada pemain terkenal semata-mata sebaliknya setiap individu di dalam pasukan itu perlu ada komitmen serta sasaran tersendiri.

"Jika mereka tidak memberikan komitmen jitu kita tidak akan berjaya walaupun pasukan kita dibarisi beberapa pemain kebangsaan yang dibanggakan dan berkebolehan," katanya kepada pemberita, di sini.

Che Mat berkata beliau tidak mahu situasi sebegini berlaku dalam pasukan Terengganu dan meminta setiap pemain sentiasa bersedia bagi mengharungi setiap perlawanan kerana mereka sudah dilatih dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai prestasi pemain Terengganu ketika ini, Che Mat memaklumkan bahawa beliau amat berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan pemain dan berharap setiap pemain menggandakan usaha untuk meraih mata.

"Kita mesti menang pada perlawanan ini untuk membolehkan skuad Penyu memperkukuhkan kedudukan ke pusingan seterusnya walaupun selepas ini Terengganu akan beraksi di halaman sendiri dalam dua perlawanan minggu depan," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan