RSC Juarai Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa 7 Sebelah

Diterbitkan: Isnin, 27 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab Diraja Selangor (RSC) muncul juara kategori Master Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa RSC-Tiger 7 sebelah kali ke-12 di sini Ahad.

RSC mengalahkan pasukan Hangover dari Kuala Lumpur 4-2 dalam perlawanan akhir di padang RSC di Bukit Kiara.

Kategori Master adalah untuk pemain berumur 40 tahun dan ke atas.

Pasukan remaja RSC bagaimanaun kalah 2-6 kepada pasukan JSSL-Arsenal dari Singapura bagi kategori bawah 12 tahun.

Satu lagi pasukan Singapura, Poly Knight menang dalam kategori Grand Master (50 tahun dan ke atas) setelah mengalahkan kelab Kinta Indian Association (KIA) dari Perak 3-1.

Pemenang bagi kategori Master dan Grand Master membawa pulang RM2,500, sijil, pingat dan trofi kejohanan yang disampaikan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Peter Velappan.

Naib johan bagi kedua-dua kategori menerima RM1,500, sijil dan pingat sementara pemenang bagi kategori bawah 12 tahun menerima trofi, sijil dan pingat.

Sejumlah 36 pasukan dari beberapa negara seperti India, Australia dan Singapura selain sekolah antarabangsa tempatan mengambil bahagian dalam kejohanan dua hari itu yang bermula Sabtu.

Kejohanan tahunan itu dianjurkan oleh RSC sebagai sebahagian rancangan mereka membangun sukan bola sepak di negara ini selain mengerat hubungan sesama pasukan yang bertanding. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan