MPPA Bidas Kenyataan FAS Berhubung Insiden Balingan Mercun

Diterbitkan: Isnin, 27 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) menyangkal dakwaan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sarawak(FAS), Abdullah Julaihi bahawa berita berhubung insiden baling mercun kepada empat jurufoto media sengaja diperbesarkan oleh pihak tertentu.

MPPA dalam satu kenyataan menyebut bahawa keempat-empat jurufoto tersebut kini mengalami masalah pendengaran disebabkan letupan mercun yang dilemparkan oleh segelintir penyokong tuan rumah sebaik tamat perlawanan Kumpulan D Piala Malaysia antara Sarawak menentang Selangor, Rabu lalu.

Empat jurufoto tersebut ialah Mohamad Razali Nordin dari Bernama, Zul Azhar Sheblee (The Star), Mohamad Gustie Noorambi (Kosmo) dan Mohd Nadim Bokhari (NSTP).

"Laporan yang kami terima disebalik kejadian tidak sama seperti dakwaan yang dilontarkan oleh Setiusaha Agung FAS.

"Kami menjalankan tugas untuk kemajuan bola sepak negeri dan negara tapi kenapa kami pula disalahkan," kata Pemangku Presiden MPPA, Norhaizat Abdul Samad.

Abdullah dalam sebuah akhbar tempatan pada Ahad dilaporkan membidas pihak tertentu yang mendakwa bahawa FAS gagal menyediakan kawalan keselamatan yang sepatutnya di Stadium Negeri, Sarawak sehingga mendatangkan kecederaan kepada jurufoto yang membuat liputan ketika itu.

Norhaizat berkata FAS perlu memandang berat perkara tersebut dan tidak sewajarnya menyangkal dakwaan yang dilaporkan oleh pihak media sebelum ini.

"MPPA berharap Jawatankuasa Tatatertib Pesatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengenakan tindakan tegas terhadap pihak terbabit agar ianya dapat dijadikan sebagai satu iktibar untuk pasukan lain yang bernaung dibawah FAM," katanya.

Perlawanan pertama Piala Malaysia melibatkan pasukan Selangor dan Sarawak dicemari dengan insiden balingan mercun oleh penyokong tuan rumah sehingga mendatangkan kecederaan kepada empat petugas media ketika membuat liputan apabila Sarawak tewas 1-2 kepada Selangor.

Insiden baling mercun itu adalah kali ketiga melibatkan penyokong Sarawak pada musim ini.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan