Kekal Dalam Aksi EPL : Owen - Bola Sepak | mStar

Kekal Dalam Aksi EPL : Owen

Diterbitkan: Isnin, 27 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michael Owen
Michael Owen

PENYERANG veteran, Micheal Owen mengakui dia lebih berminat untuk terus kekal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berbanding liga lain.

Pemain berusia 32 tahun ini menjadi pemain bebas selepas dilepaskan kontrak oleh Manchester United pada Jun lalu, dan kini ligat mencari pasukan baru.

Bekas bintang Liverpool ini juga percaya dalam tempoh lima hari sebelum musim perpindahan pemain ditutup Jumaat ini, dia akan menyarung jersi baru.

"Ya. Dengan situasi sekarang yang berbagai perkara telah berlaku ketika musim pemindahan pemain ini berlangsung dan kelab cuba memantapkan pasukan masing-masing.

"Jadi benar sekali saya telah berbincang dengan beberapa pasukan dan perkara itu akan selesai secepat mungkin.

"Sebelum ini saya pernah cakap bahawa saya akan terus bermain dalam EPL," katanya kepada Five Live Sportsweek.

Owen merupakan salah seorang pemain prolific dalam sejarah EPL dengan jumlah jaringan 149 gol keseluruhan ketika bersama dengan Liverpool, Newcastle dan Manchester United.

Dia juga pernah bermain dengan pasukan Real Madrid dan menjaringkan 13 gol dalam aksi La Liga.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan