Van Persie Jaring Gol Pertama Bersama United

Diterbitkan: Ahad, 26 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Van Persie menjaringkan gol pertama bersama United pada minit ke-10.
Van Persie menjaringkan gol pertama bersama United pada minit ke-10.

LONDON: Robin van Persie menjaringkan satu gol ketika membantu Manchester United meraih kemenangan pertama pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Fulham 3-2 malam Sabtu.

Van Persie yang sebelum ini dimasukkan sebagai pemain gantian ketika tewas 1-0 kepada Everton Isnin lalu, menjaringkan gol 10 minit selepas Fulham mendahului menerusi Damien Duff pada minit ketiga.

United di hadapan dengan jaringan seorang lagi pemain baru, Shinji Kagawa pada minit ke-34 dan empat minit kemudian menerusi gol Rafael.

Namun United cemas seketika apabila Fulham berjaya merapatkan jurang gol selepas Nemanja Vidic tertampan bola ke dalam gawang sendiri.

United juga terpaksa menamatkan perlawanan tanpa kelibat penyerang berbisanya, Wayne Rooney yang mengalami kecederaan serius pada bahagian paha.

Senarai pemain:

Man United: De Gea, Rafael, Carrick, Vidic, Evra, Valencia, Cleverley, Anderson, Kagawa, Young, van Persie. Pemain gantian: Lindegaard, Evans, Rooney, Giggs, Hernandez, Welbeck, Scholes.

Fulham: Schwarzer, Riether, Hangeland, Hughes, Briggs, Duff, Diarra, Dembele, Kacaniklic, Ruiz, Petric. Pemain gantian: Stockdale, Baird, Sidwell, Halliche, Rodallega, Kelly, Kasami.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan