Tiga Pasukan Pilihan Catat Kemenangan Pada Perlawanan Kedua Piala Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 26 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga pasukan pilihan iaitu Angkatan Tentera Malaysia, Kelantan dan Negeri Sembilan mencatatkan kemenangan pada perlawanan kedua Piala Malaysia, malam Sabtu.

Pasukan berstatus kelab, Angkatan Tentera Malaysia merekodkan kemenangan kedua dalam Kumpulan B selepas menundukkan Terengganu, 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Dua gol skuad bimbingan B. Sathianathan itu dijaringkan oleh Marlon Alex James pada minit ke-31 dan 74 manakala gol sagu hati pasukan pelawat dijaringkan oleh Joseph Kalang Tie pada minit ke-76.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Kelantan bangkit daripada kekalahan kepada Terengganu pada Rabu lepas dengan mengalahkan Kedah, 2-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Penyerang Kedah, Muhd Khyril Muhymeen mengejutkan pasukan tuan rumah dengan gol pembukaan seawal minit keempat perlawanan sebelum pemain pinjaman dari Kuala Lumpur Mohd Afiq Azmi meledak dua gol pada minit ke-28 dan 46.

Juara bertahan Piala Malaysia Negeri Sembilan turut mencatatkan kemenangan selesa, 4-0 ke atas pasukan kelab Lembah Klang, Sime Darby dalam saingan Kumpulan C di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Empat gol skuad Rusa dijaringkan oleh penyerang import mereka dari Cameroon Jean-Emmanuel Effa Owona pada minit kedua, 60 dan 76 serta pemain pinjaman daripada Polis Diraja Malaysia, Khairul Izuan Abdullah pada minit ke-51.

Pasukan kelab dari selatan Johor FC turut mencatatkan kemenangan selepas menundukkan 'abang' mereka iaitu Johor dengan keputusan 2-1 dalam Kumpulan A.

Dua gol skuad Lebah dijaringkan oleh Shahrizal Mohd Saad pada minit ke-38 dan penyerang import mereka dari Brazil, Arthur Henrique Bernhardt pada minit ke-69 manakala gol sagu hati Johor dijaringkan oleh penyerang import dari Argentina, Juan Muriel Orlando pada minit ke-60.

Pendatang baru, Lions XII mencatatkan kemenangan pertama dalam kumpulan yang sama selepas mengalahkan PKNS Selangor, 3-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Fazli Baharudin membuka tirai jaringan untuk PKNS Selangor seawal minit ketujuh perlawanan sebelum pasukan tuan rumah menyumbat tiga gol menerusi Khairul Amri pada minit ke-11, Shaiful Esah Nain (18) dan kapten pasukan Shahril Ishak pada minit ke-47.

Dalam saingan Kumpulan D, pendahulu kumpulan iaitu Pahang terikat 2-2 dengan Selangor di Stadium Shah Alam dan pasukan kelab dari Terengganu, T-Team turut mencatatkan keputusan seri ketika bertemu Sarawak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Sementara itu, Perak terus dirundung malang selepas tewas 2-4 kepada pasukan kelab dari Lembah Klang, Felda United di Stadium Perak, Ipoh. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan