Yunus Tuntut Pemain Beri Yang Terbaik Menentang Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 24 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pengendali T-Team, Yunus Alif menuntut anak buahnya memberikan yang terbaik ketika bertemu Sarawak di laman sendiri malam esok, bagi mencerahkan peluang ke suku akhir Piala Malaysia.

Katanya perlawanan malam esok adalah peluang terbaik T-Team menebus kekalahan pada pertemuan pertama dengan Pahang, dalam saingan kumpulan D kelmarin.

Beliau yang ditemui Bernama di sini hari ini, juga tidak mahu anak buahnya mengambil mudah skuad Bujang Senang itu yang membuat kejutan menewaskan Selangor 2-1 pada satu lagi perlawanan kelmarin.

Katanya sekalipun T-Team kehilangan pemain tengah Marco Tulis Lopes Silva yang digantung permainan, skuad itu akan diperkukuhkan dengan kehadiran Fauzan Majid yang dipinjam daripada pasukan Polis Diraja Malaysia.

"Kita juga mungkin akan turunkan pemain berpengalaman yang juga ketua pasukan Rosdi Talib yang direhatkan ketika T-Team bertemu Pahang di Kuantan Rabu lepas," katanya.

Selain itu, bagi memperkukuhkan barisan depan, beliau akan menurunkan pemain penyerang Fazli Saari bagi menembusi kubu lawan.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan