Wenger Tidak Terdesak Tambah Pemain Baru - Bola Sepak | mStar

Wenger Tidak Terdesak Tambah Pemain Baru

Diterbitkan: Jumaat, 24 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Arsene Wenger
Arsene Wenger

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger yakin kelabnya akan membuat tawaran sebelum jendela perpindahan pemain ditutup tidak lama lagi.

"Saya tidak mahu membuat sebarang janji yang tidak boleh ditepati. Ia bukan hanya bergantung kepada saya. Namun dijangka akan ada perpindahan, keluar dan masuk," katanya dalam laman web arsenal.com

Sehingga kini, Wenger telah kehilangan penyerang berbisa, Robin van Persie yang telah beralih arah ke Manchester United, tetapi ia telah diganti dengan ketibaan Santi Cazorla, Lukas Posolski dan Oliver Giroud.

Dan sekiranya ada lagi pemain yang terpilih tiba di sini, Wenger tidak akan terlibat dalam pasaran perpindahan pemain.

"Kami sedang berusaha dalam pasaran pemain. Kita akan lihat apa yang boleh dilakukan

"Musim perpindahan pemain dibuka selama dua bulan dan sebulan tiga minggu telah berlalu, serta masih lagi berbaki seminggu sebelum ditutup.

"Ia akan disempurnakan sebaik mungkin pada minggu-minggu terakhir dan setiap minit adalah sangat penting," katanya.

Pun begitu, Wenger menegaskan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

"Kami berada dalam keadaan baik, seimbang dan pemain-pemain yang ada fokus. Apa yang perlu kami lakukan ialah menunjukkan aksi yang baik musim ini," tambahnya.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan