Empat Pasukan Pungut Tiga Mata Penuh Piala Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 23 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan pilihan Terengganu, Sarawak, Pahang dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memulakan saingan Piala Malaysia dengan langkah kanan apabila berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan malam Rabu.

Pertembungan dua jaguh dari pantai timur menyaksikan Terengganu menewaskan musuh tradisi, Kelantan 2-0 dalam saingan pembukaan kumpulan B di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam Rabu.

Bermain di hadapan 20,000 penyokong sendiri, skuad Penyu, finalis Piala Malaysia musim lepas, jelas mempamerkan aksi bertenaga apabila terlebih dahulu menyumbat gol menerusi pemain import dari Liberia Francis Forkey Doe seawal minit ketiga selepas menanduk masuk bola di luar kotak penalti hasil sepakan percuma oleh Ismail Faruqi.

Selepas rehat, 'The Red Warriors' terus tertekan apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Mohd Daud Su Jamaluddin dilayangkan kad merah setelah mengasari pemain pertahanan Terengganu, Mohd Muslim Ahmad pada minit ke-67.

Peluang tersebut tidak disia-siakan skuad kendalian Peter James Butler apabila menambah jaringan kedua hasil lorongan Forkey Doe kepada Joseph Kallang Tie sebelum disudahkan oleh Ismail Faruqi seminit sebelum tamat perlawanan (min-89).

Sementara itu satu lagi perlawanan Kumpulan B, juara Liga Perdana musim ini, ATM menewaskan pasukan tuan rumah Kedah dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar dengan 2-0.

Gol-gol pasukan pelawat dihasilkan menerusi Reuben Thayaparan pada minit ke-20 dan Zaquan Adha Abdul Radzak menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-80 selepas pemain Kedah, Mohd Fazliata Taib mengasari Amiridzwan Taj dalam kawasan petak penalti Kedah.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang membuat kejutan dengan meraih kemenangan 3-2 ke atas pasukan kelab, T-Team dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D.

Pasukan tuan rumah meraih jaringan pertama menerusi Mohd Azamudin Akil pada minit ke-16 dan terus mengukuhkan kedudukan dengan jaringan Hafiz Kamal pada minit ke-51 dan Mohd Faizol Hussin pada minit ke-84, sementara dua gol T-Team telah dijaringkan oleh Nor Fazly Alias dan Zairo Anuar Zalani, masing-masing pada minit ke-64 dan 90.

Saingan dalam Kumpulan D juga menyaksikan Sarawak turut mengutip tiga mata penuh dengan kemenangan 2-1 menewaskan Selangor dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak.

Dalam saingan kumpulan C pula, juara bertahan Piala Malaysia edisi lepas, Negeri Sembilan dan Felda United berkongsi satu mata selepas terikat 1-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka, begitu juga dengan Sime Darby dan Perak yang turut seri 1-1 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Situasi yang sama juga berlaku dalam saingan kumpulan A apabila Johor FC dan Lions XII masing-masing berkongsi satu mata selepas gagal menghasilkan sebarang jaringan dalam perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor.

Sementara di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, Selangor PKNS dan Johor turut meraih satu mata selepas masing-masing terikat 1-1. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan