Pemain Red Warriors Terima Duit Raya RM100,000

Diterbitkan: Ahad, 19 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi pemain dan jurulatih pasukan bola sepak Kelantan kali ini lebih meriah apabila menerima duit raya berjumlah RM100,000 daripada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Duit raya tersebut adalah sebahagian daripada insentif Kafa kepada pemain termasuk jurulatih yang menaikkan nama pasukan 'The Red Warriors' itu yang menjuarai Liga Super musim ini.

Sumbangan itu disampaikan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa di kediamannya di Sri Puri, Bukit Marak di sini, sempena majlis berbuka puasa pada Jumaat.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Annuar berkata beberapa pemain baru dan pemain pinjaman serta pegawai turut menikmati sumbangan tersebut.

"Kita sengaja memberi sumbangan itu sempena Hari Raya bagi membolehkan mereka membuat persiapan menjelang musim perayaan ini.

"Sebelum ini kita memberikan bonus berjumlah lebih RM1 juta kepada semua pemain dan jurulatih yang terlibat dalam Liga Super selepas liga itu berakhir pada Julai lepas," katanya.

Beliau berkata, dalam pemberian insentif terbaru itu, setiap pemain dianggarkan menerima RM3,000.

Mengenai tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggantung satu perlawanan ke atas penyerang import Kelantan dari Lubnan, Mohammed Ghaddar, Annuar berkata, Kafa menerima keputusan itu.

Katanya, ia tidak menjejaskan keupayaan Kelantan untuk bertemu Terengganu pada perlawanan pertama Piala Malaysia musim ini.

Mohammed Ghaddar digantung satu perlawanan oleh Lembaga Disiplin FAM dan dikenakan denda RM2,000 selepas bergaduh dengan pemain Selangor, Mohd Bunyamin Umar pada perlawanan Liga Super 29 Jun lepas.

"Kita masih mempunyai ramai pemain di barisan serangan yang mampu menggantikan tempat Ghaddar dan sekali gus menjadi kunci kekuatan skuad kita," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan