Siapakah Yang Akan Digandingkan Dengan RVP Dan Siapakah Yang Terpaksa Dikorbankan

Diterbitkan: Jumaat, 17 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Robin van Persie
Robin van Persie

TEKA-TEKI mengenai masa depan Robin van Persie (RVP) telah pun selesai. Bekas kapten Arsenal itu kini bakal menyarung jersi Manchester United dan berkemungkinan diturunkan dalam perlawanan pembuka tirai menentang Everton pada awal pagi Isnin.

Persoalannya kini ialah, siapakah yang akan menjadi gandingannya dan siapakah yang terpaksa dikorbankan untuk membuka laluan kepada RVP.

Yang pasti, tidak mungkin United bersusah payah membelanjakan £24 juta hanya untuk pemain asal Belanda berusia 29 tahun itu memanaskan bangku simpanan.

Pada masa yang sama, tidak mungkin juga United mahu menjadikan bintang utama dan kesayangan mereka Wayne Rooney sekadar pemain gantian.

Jadi, di posisi manakah RVP akan diturunkan dan bagaimana pula dengan Rooney?

Sebelum kita menjawab kesemua persoalan itu, biarlah kita bereskan dahulu tentang satu isu besar, apakah yang menanti di hadapan Dimitar Berbatov.

Segala harapan tipis yang masih ada untuk Berbatov, 31, menyarung jersi United ranap bersama kemunculan RVP.

Berbatov ketika menjadi pemain United empat tahun yang lalu betul-betul berada sepertimana posisi RVP sekarang - sama ada dari segi umur, jaringan dan kehebatan.

Malah nilainya jauh lebih tinggi dari RVP iaitu melibatkan kos sebanyak £30 juta.

Setahun selepas dia menjadi penjaring terbanyak United dan liga, pemain Bulgaria itu bukan lagi pilihan utama Sir Alex Ferguson.

Berba dilihat oleh Sir Alex Ferguson sebagai memperlahankan rentak pantas United yang menjadi tanda aras pengurus itu.

Akibatnya, musim lalu Berbatov hanya mengigit jari dan menghabiskan sebahagian besar masanya di bangku simpanan.

Selepas tamatnya musim lalu, United menawarkan £5 juta kepada mana-mana kelab yang berminat untuk membeli Berba tetapi nampaknya tidak ada kelab yang tampil ke hadapan untuk membuat tawaran.

Berba kini terpaksa menunggu sehingga pintu perpindahan dibuka semula Januari depan untuk berpindah ke kelab lain.

Jadi, katakanlah RVP terus menjadi pilihan utama Ferguson pada musim ini untuk digandingkan dengan Wayne Rooney yang juga tidak mungkin diturunkan sebagai pemain gantian, maka yang akan terkena tempias secara langsung dengan kehadiran RVP sudah pastinya Danny Welbeck dan Javier Hernández.

Barang diingat, kedua-duanya adalah pemain bertaraf antarabangsa, pantas dan penjaring gol yang prolifik, mempunyai daya tarikan yang tinggi dan ramai peminat.

Di manakah kedudukan mereka jika gandingan RVP dan Rooney menjadi?

Ada kemungkinan juga yang Ferguson akan menggunakan RVP sebagai penyerang tunggal di hadapan atau mengandingkannya bersama Welbeck dan Rooney bermain di posisi di belakang kedua-dua penyerang itu.

Posisi yang dimaksudkan itu ialah pemain tengah hadapan sepertimana yang pernah digalas oleh Paul Scholes dengan cemerlangnya sebelum ini.

Tetapi jika Rooney bermain di hadapan barisan tengah, bagaimanakah pula dengan nasib pemain yang sedang meningkat naik dalam skuad United dan England iaitu Tom Cleverley.

Tom Cleverley telah bermain cemerlang sebagaimana yang ditunjukkannya bersama skuad Great Britain dalam Sukan Olimpik.

Ferguson tertarik dengan sentuhan pantas dan antisipasinya.

Ashley Young, pemain yang dibeli musim lalu juga akan turut tertanya-tanya di manakah posisi yang akan diisinya.

Segala-galanya bergantung sama ada Ferguson sanggup menggunakannya (Young) sebagai pemain yang bergerak luas di bahagian sayap.

Young akan dapati dia terpaksa bersaing sengit dengan Nani atau Antonio Valencia untuk merebut satu tempat di bahagian sayap.

Satu lagi posisi sayap akan menjadi rebutan antara pemain baru Shinji Kagawa dan pemain Brazil, Anderson.

Walau apa sekali pun, seorang penyerang dengan keyakinan yang tinggi untuk menyudahkan hantaran silang adalah apa yang dicari-cari oleh Ferguson selama ini. Dan orang itu tidak lain dan tidak bukan penjaring terbanyak liga musim lalu iaitu RVP.

Siapakah yang pernah terfikir, dua orang penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim lalu kini akan berganding bahu sebelah menyebelah dalam satu pasukan yang sama mengempur kubu dan gawang lawan.

Kelab lain patut berasa gentar dengan gandingan baru United ini. Syabas untuk United, syabas untuk Ferguson.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan