Terbuka Australia: Nicol Diuji Pemain Remaja Wales Pada Pusingan Pertama

Diterbitkan: Khamis, 16 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CANBERRA: Pemain nombor satu dunia dan juara bertahan Datuk Nicol David mara ke pusingan kedua kejohanan skuasy Terbuka Australia di sini setelah diuji kehebatannya oleh pemain muda Wales Tesni Evans pada Rabu.

Nicol, yang menang mudah pada set pertama, kalah mengejut pada set kedua setelah menerima tentangan hebat daripada Evans, 19, dan menjadikan kedudukan 1-1.

Ratu skuasy Malaysia itu kemudian menyusun kembali permainannya dan memenangi set ketiga 11-3, 8-11, 11-4, 11-8.

"Saya bekerja keras sepanjang permainan tadi untuk menang. Lihatlah sendiri kemampuannya mengawal bola. Dia memang berbakat besar dan tidak mudah mengalah," kata Nicol kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Nicol bertemu rakan senegara Low Wee Wern pada pusingan kedua dalam usahanya menjulang Piala Heather McKay untuk tahun kedua berturut-turut.

Pemain Australia Rachael Grinham pula mengalahkan lawannya dari Afrika Selatan Siyoli Waters untuk mara ke pusingan kedua.

Pemain pilihan kelima Grinham terpaksa menggunakan segala pengalamannya untuk menjinakkan Waters dengan mata 11-8, 13-11, 11-9 pada perlawanan yang berlangsung di gelanggang kaca Royal Theatre di sini.

Selepas ini, Grinham akan menentang rakan senegaranya Donna Urquhart yang mengalahkan Kylie Lindsay 11-7 11-3, 11-6.

Kasey Brown merupakan seorang lagi pemain Australia yang mara ke pusingan kedua apabila dia menumpaskan pemain Denmark Line Hansen 11-6, 11-4, 11-2.

Terdahulu, juara 2010 Madeline Perry dari Ireland memulakan kempennya dengan penuh bergaya dan mengalahkan pemain Malaysia Siti Munirah Jusoh 11-3, 11-9, 11-1. Walaupun menerima tentangan hebat pada set kedua, Perry berjaya mengawal keadaan.

Pemain pilihan kedua Jenny Duncalf pula mengetepikan pemain India Joshna Chinappa 11-7, 11-7, 13-11 untuk mara ke pusingan kedua.

Pemain Melbourne Sarah Cardwell hampir mencipta kejutan apabila kalah dalam lima set kepada pemain pilihan ke-16 Emma Beddoes dari England.

Cardwell mendahului 2-1, tetapi gagal mengatasi Beddoes, yang mencatat mata kemenangan 8-11, 11-2, 8-11, 11-4, 11-3.

Pemain pilihan ketiga Laura Massaro menang mudah dalam pertemuannya dengan Thaisa Serafini dari Brazil 11-1, 11-5, 11-8, manakala juara 2008 Annie Au dari Hongkong, mengalahkan pemain Scotland Lisa Aitken 11-5, 11-2, 11-2. Pemain England Emily Whitlock mengecewakan pemain pilihan ke-13 dari New Zealand Jaclyn Hawkes dengan mata 9-11, 11-6, 4-11, 11-9, 11-9, bekas naib jura Alison Waters pula mengalahkan pemain pilihan ke-15 Delia Arnold 11-8, 11-6, 11-3, manakala pemain nombor satu Amerika Amanda Sobhy menumpaskan pemain pilihan ke-12 Joey Chan 11-4, 11-6, 11-3. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan