Muamba Bersara Selepas Serangan Jantung

Diterbitkan: Khamis, 16 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muamba sebak selepas mengumumkan persaraan sebagai pemain bola sepak.
Muamba sebak selepas mengumumkan persaraan sebagai pemain bola sepak.

PEMAIN tengah Bolton Wanderers, Fabrice Muamba mengambil keputusan bersara daripada karier pemain bola sepak profesional, selepas mengalami serangan jantung lima bulan lalu.

Muamba,24, pengsan ketika beraksi bersama Bolton dalam saingan Piala FA menentang Tottenham Hotspur di White Hart Lane yang mana perlawanan dihentikan ketika pasukan perubatan cuba menyelamatkan nyawanya.

Jantung Muamba dilaporkan berhenti selama 78 minit sebelum kembali berdenyut.

Muamba dibenarkan pulang selepas hampir sebelum berada di hospital dan dianggap pengalaman menakjubkan kembali pulih.

Sebelum ini Muamba berharap untuk terus bermain, namun selepas menerima nasihat doktor agar tidak boleh bermain lagi ketika menerima rawatan susulan di Belgium minggu lalu, dia terpaksa akur dengan keadaannya.

"Sejak mengalami serangan jantung dan dibenarkan pulang, saya sangat positif untuk kembali bermain untuk Bolton Wanderers.

"Sebahagian rawatan susulan yang perlu saya jalani dan minggu lalu pasukan perubatan menasihatkan saya sebaliknya. Dengan itu saya terpaksa bersara daripada aksi bola sepak.

"Bola sepak adalah hidup saya sejak remaja lagi dan ia telah banyak memberi peluang baik. Saya selalu berharap agar dapat bermain sehingga ke peringkat tertinggi.

"Tetapi berita itu mengejutkan saya, namun saya berterima kasih kepada semua yang tidak pernah berputus asa memberi sokongan kepada saya," jelas bekas pemain kebangsaan England Bawah 21 Tahun ini.

Muamba tiba di England ketika berumur 11 tahun sebagai pelarian DR Congo dan menyertai Akademi Remaja Arsenal pada tahun 2002.

Selepas itu, Muamba terpilih menyertai skuad The Gunners sebelum menyertai Birmingham secara pinjman pada tahun 2006.

Pada tahun berikutnya dia menyertai Blues secara tetap dengan harga £4 juta (RM20 juta), namun Bolton membelinya dengan harga £5 juta (RM25 juta) untuk dibawa ke Stadium Reebok.

Sejak itu, Muamba telah beraksi sebanyak 148 perlawanan dan tutur menjaringkan empat gol.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan