Tunggakan Gaji KLFA Selesai Sebelum Hari Raya - Astaman

Diterbitkan: Rabu, 15 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masalah tunggakan gaji yang dihadapi pasukan Kuala Lumpur sejak Mei lepas akan diselesaikan berikutan jaminan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib.

Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Astaman Abdul Aziz berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuat pembayaran kepada para pegawai dan jurulatih KLFA dalam masa terdekat sebelum sambutan Aidilfitri ini.

Beliau berkata Ahmad Phesal juga bersetuju menjadi penasihat KLFA, selain memberi jaminan berhubung bayaran gaji dua pemain importnya iaitu Zakaria Charara dari Lubnan dan Emmanuel Okine dari Ghana, yang kini bercuti di negara masing-masing.

Menurut Astaman, gaji pemain-pemain tempatan KLFA dibayar oleh DBKL pada minggu lepas.

Mengenai saingan Liga Perdana yang bakal ditempuhi KLFA musim depan, beliau berkata persatuan itu perlu membuktikan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), keupayaan mereka membayar gaji pemain dan pegawai yang sebelum ini sering membelenggu persatuan itu.

"Kita kena buktikan terlebih dahulu kepada FAM bahawa kita mempunyai dana yang mencukupi untuk membuat pembayaran kepada pemain dan pegawai pasukan untuk semusim. "Oleh itu, kita akan bekerjasama dengan DBKL merangka satu strategi yang bersesuaian supaya kegagalan membayar gaji pada masanya tidak berulang lagi pada masa akan datang," kata Astaman.

Skuad KLFA akan bersaing dalam Liga Perdana musim depan selepas menduduki tangga terakhir pada saingan Liga Super musim ini dengan mengumpul hanya lima mata sahaja selepas mengharungi 26 perlawanan liga. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan