Mourinho Sedia Lepaskan Kaka

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kaka
Kaka

PENGURUS Real Madrid, José Mourinho akhir bersuara dengan berkata bahawa Kaká kini boleh meninggalkan kelab itu tetapi dengan satu syarat iaitu harga yang setimpal.

Pemain tengah Brazil itu dikaitkan dengan kelab lamanya semula iaitu AC Milan dan prestasinya yang memberansangkan dalam dua perlawanan persahabatan kembali menarik perhatian ramai.

Ini sekaligus memberi indikasi yang Real mahu menjana wang yang setimpal hasil daripada penjualan Kaka untuk membolehkan mereka membeli pemain Tottenham Hotspur, Luka Modric.

Kaka berasa tidak gembira apabila kecederaan selama ini menjadikannya hanya pilihan ketiga di Madrid selepas pemain Argentina, Angel di María dan perancang Jerman, Mesut Ozil.

Dengan statusnya sebagai bekas pemain terbaik dunia, Kaka tidak dapat menerima yang dia kini merupakan pilihan ketiga dalam skuad utama Madrid untuk bahagian tengah.

Kata Mourinho: "Jika Kaká memutuskan untuk terus kekal, saya akan berasa gembira dan saya juga tiada masalah jika dia mahu meninggalkan kelab ini. Tetapi kami tidak akan melepaskannya secara percuma atau pada harga yang rendah kerana dia adalah pemain yang cemerlang."

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan