Arsenal Sedia Lepaskan RVP kepada United Pada Harga £22 Juta

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Robin van Persie
Robin van Persie

ARSENAL pada malam Isnin bersedia untuk melepaskan Robin van Persie (RVP) pergi meninggalkan mereka ke Manchester United pada harga £22 juta RM108 juta).

Jika rundingan yang diketuai sendiri oleh Sir Alex Ferguson itu berjaya mencapai persetujuan bersama maka RVP akan diumumkan sebagai pemain baru United sebelum tirai Liga Perdana Inggeris dibuka secara rasmi Sabtu ini.

Akhbar Britain, The Sun dalam laporan eksklusif mereka mendakwa Arsenal kini bersedia untuk melepaskan RVP, 29, selepas pemain itu diejek sepanjang permainannya menentang kelab Cologne dari Jerman hujung minggu lalu.

Walaupun Juventus turut memburu pemain terbaik EPL musim lalu tetapi RVP dikatakan lebih berminat untuk menyarung jersi United.

Yang menjadi batu penghalang kepada perpindahan ini adalah kerana Arsenal masih berkeras mahukan £25 juta untuk kapten mereka itu sedangkan tawaran United sebelum ini hanyalah £15 juta.

Kali terakhir United membayar harga yang begitu tinggi kepada pemain yang berusia 29 tahun dan ke atas ialah apabila mereka membeli Dimitri Berbatov dari Tottenham pada harga £30 juta tiga tahun yang lalu.

United juga belum pernah berjaya membeli mana-mana pemain Arsenal sejak Arsene Wenger menjadi pengurus kelab itu.

RVP telah menjaringkan 37 gol dalam semua pertandingan musim lalu dan 30 daripadanya adalah didalam EPL.

United bercita-cita mengandingkannya dengan Wayne Rooney yang merupakan penjaring kedua terbanyak EPL musim lalu di belakang RVP.

Tidak dapat dibayangkan bagaimanakah kedua-dua pemain itu bakal merobek gawang gol setiap kelab yang mereka bertemu jika digandingkan bersama nanti.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan