Rodwell Jadi Pemain Pertama Diikat Man City

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rodwell mempamerkan jersi Man City yang bakal dipakai musim baru ini.
Rodwell mempamerkan jersi Man City yang bakal dipakai musim baru ini.

MANCHESTER City berjaya mengikat pemain tengah Everton, Jack Rodwell dengan kontrak selama lima tahun.

Pemain kebangsaan England berusia 21 tahun itu menjadi pemain pertama yang diikat Man City musim ini selepas pasukan itu menewaskan Chelsea 3-2 pada aksi Piala Perisai Komuniti malam Ahad.

Sebelum ini, Everton memberitahu bahawa terdapat dua kelab yang berminat kepada Rodwell.

"Everton telah bersetuju untuk merahsiakan yuran perpindahan dengan Man City bagi perpindahan Jack Rodwell," menurut kenyataan kelab www.evertonfc.com.

"Pemain tengah ini bakal menjalani pemeriksaan kesihatan pada Ahad ini."

Rodwell mencatat dua kap antarabangsa bersama England tetapi tidak terpilih pada aksi Euro 2012 baru-baru ini kerana kecederaan.

"Saya teruja untuk bermain dengan beberapa orang pemain terbaik dunia. Ia merupakan satu pengalaman menarik sekiranya saya terpilih dalam pasukan minggu depan," jelas Rodwell.

Rodwell telah mempamerkan 85 aksi bersama Everton dengan menjaringkan lima gol.

Selain itu, pengendali Man City, Roberto Mancini sebelum ini turut merungut mengenai kelab itu yang tidak melakukan aktiviti perpindahan pemain.

Mancini masih mengharapkan untuk membawa pemain-pemain sebelum jendela perpindahan berakhir.

"Kami mahu pemain-pemain lain. Saya tidak tahu pemain mana. Saya tidak mahu menyebut nama. Tanya Brian Marwood (pengarah).

"Saya kata saya tidak gembira (Jumaat). Ia adalah perkara normal. Setiap pengurus pastinya akan berperasaan begitu jika dalam tempoh seminggu sebelum bermula liga dan kamu belum membawa masuk pemain.

"Saya harap minggu ini atau dalam tempoh sepuluh hari lagi kami boleh melakukan sesuatu. Saya menunggu saat itu untuk bercakap mengenai pemain baru."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan