Rooney Sokong Kehadiran Van Persie Ke Old Trafford

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Van Persie (kiri) bersalam dengan Rooney dalam satu perlawanan sebelum ini.
Van Persie (kiri) bersalam dengan Rooney dalam satu perlawanan sebelum ini.

PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney yakin kehadiran Robin van Persie akan mampu memberi kelebihan kepada skuadnya jika bintang Arsenal itu menyertai pasukan tersebut.

Man United kini bersaing untuk mendapatkan penyerang Belanda itu dan Rooney mengalu-alukan kehadiran Van Persie ke Old Trafford.

"Sudah tentu dia merupakan pemain yang saya kagumi. Dia adalah seorang pemain yang hebat dan telah menjadi pemain penting di Arsenal sejak beberapa tahun ini.

"Musim lalu adalah aksi terbaiknya kerana telah menjaringkan banyak gol. Jika dia datang ke sini, sudah pasti ia mampu membantu pasukan kami.

Ditanya mengenai gandingannya dan Van Persie di padang, Rooney menjawab: "Saya perlu memikirkan situasi itu, tetapi kamu perlu menanyakan perkara itu kepada pengurus.

"Sudah ramai pemain berada di atas bersama saya termasuk Danny Welbeck, Chicharito dan Dimitar Berbatov yang masih ada di sini.

"Jadi semua pemain masing-masing bersaing untuk merebut tempat itu," katanya kepada Daily Mirror.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan