Allen Teruja Sarung Jersi Liverpool

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Allen bakal beraksi bersama Liverpool musim baru  ini.
Allen bakal beraksi bersama Liverpool musim baru ini.

LIVERPOOL berjaya mendapatkan pemain tengah Swansea City, Joe Allen dengan harga £15 juta (RM 73.31 juta).

Pemain berusai 22 tahun itu juga telah lulus menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan akan kembali bertemu bekas pengurusnya sebelum ini, Brendan Rodgers.

"Saya rasa seperti sukar dipercayai. Semua orang tahu mengenai sejarah kelab ini. Ia sebuah kelab yang besar dan saya teruja kerana dapat menyertai mereka.

"Dengan semangat yang ditunjukkan oleh orang-orang di sini, ia menjadi salah satu perkara menyebabkan saya di sini.

"Saya tidak sabar untuk berkongsi pengalaman dengan kelab in," katanya.

Sementara itu, Rodgers juga turut mengesahkan akan membawa beberapa lagi muka baru sebelum 31 Ogos ini.

"Kami perlu mendapatkan beberapa orang pemain lagi sebelum pintu perpindahan ditutup.

"Kehilangan beberapa pemain telah membuatkan skuad sedikit muram, tetapi sebenarnya kerja keras telah dilakukan bagi menyempurnakan pasukan sebelum musim baru bermula," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan