Harimau Malaya Tumpas 0-2 Kepada Kelab Hungary Dalam Aksi Persahabatan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak kebangsaan tumpas 0-2 kepada kelab Hungary, Gyirmot Gyor FC dalam perlawanan persahabatan di Budapest, Hungary awal pagi Khamis.

Pasukan negara yang dikenali sebagai Harimau Malaya kini sedang mengadakan latihan di Vienna, Austria dari 4 hingga 16 Ogos sebagai persiapan menghadapi Piala AFF Suzuki pada November ini.

Kelab Hungary itu yang dibimbing bekas pemain kebangsaan Hungary, János Csank membuka jaringan pada minit ke-30 menerusi pemain tengah Norbert Tóth sebelum penyerang Magasföldi József menyumbat masuk gol kedua pada masa kecederaan (minit ke-92), menurut kelab itu seperti dipetik dalam laman web mereka http://www.gyirmotfc.hu.

Anak buah Datuk K. Rajagobal itu akan menentang sebuah lagi kelab Hungary, TSV Hartberg empat hari lagi sebelum menamatkan Jelajah Eropah berdepan kelab Austria, Szombathely Haladas FC pada 14 Ogos.

Skuad Harimau Malaya yang merupakan juara bertahan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada 2010, telah diundi bersama naib juara edisi lepas, Indonesia dan juara tiga kali, Singapura dalam Kumpulan B.

Sebuah lagi pasukan dalam kumpulan berkenaan akan ditentukan selepas pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki yang berlangsung dari 5-13 Okt di Myanmar, yang bakal menampilkan pasukan tuan rumah, Brunei, Kemboja, Laos dan Timor Leste.

Juara tiga kali, Thailand yang merupakan tuan rumah bersama Piala AFF Suzuki 2012 dengan Malaysia, telah diundi dalam Kumpulan A bersama juara edisi 2008 Vietnam, Filipina dan sebuah lagi pasukan daripada pusingan kelayakan.

Perlawanan Kumpulan A akan diadakan di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand sementara aksi Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari 24 Nov hingga 22 Disember.

Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan layak ke separuh akhir dan format perlawanan adalah bermain di tempat sendiri dan lawan dari 8-13 Disember manakala perlawanan akhir yang turut menggunakan format sama dari 19-22 Disember.

Malaysia akan memulakan kempen menentang Singapura pada 25 November diikuti berdepan pasukan yang layak daripada pusingan kelayakan dua hari kemudian sebelum menamatkan aksi kumpulan bertemu Indonesia pada 1 Disember. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan