Jawatan Dalam KFA Bukan Lagi Automatik, Boleh Dipertandingkan

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sebarang tindakan untuk menukar kepimpinan dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), yang didesak peminat supaya berundur berikutan prestasi buruk skuad Hijau Kuning itu, boleh ditentukan menerusi pemilihan.

Setiausaha Kehormat KFA Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata berdasarkan perlembagaan baru, jawatan Presiden dan eksekutif KFA bukan lagi automatik atau dilantik seperti dahulu iaitu Menteri Besar Kedah secara automatik adalah Presiden KFA.

"Jika dahulu presiden KFA automatik diberikan kepada Menteri Besar tetapi mulai 2010 semua jawatan dipertandingkan," katanya di sini, Rabu.

Beliau mengulas desakan Gabungan Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah yang mahukan rombakan terhadap pengurusan KFA berikutan kemerosotan skuad Kenari musim ini terutama dalam Liga Super sehingga terjerumus ke Liga Perdana musim depan.

Hamdan berkata pengurusan KFA sama seperti peminat inginkan pasukan Kedah mencapai kejayaan dalam kancah saingan Liga Malaysia. "Tiada persatuan inginkan kekalahan. Pengurusan pasukan daripada pengurus dan jurulatih boleh ditukar mengikut peraturan Jawatankuasa Peraturan dan Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)," katanya.

Beliau berkata pengurusan berjanji untuk berusaha melakukan yang terbaik demi kejayaan pasukan bola sepak Kedah dan pada masa sama mengharapkan sokongan peminat kepada skuad negeri itu.

Beliau berkata KFA akan bertemu dengan wakil kelab-kelab penyokong bagi menentukan hasrat untuk melihat skuad Kenari berjaya sebelum musim depan bermula.

"Saya menerima segala cemuhan, kutukan, komentar dan cadangan peminat dengan hati terbuka. Bukan kali ini sahaja Kedah jatuh ke Liga Perdana," katanya.

Kedah pernah beraksi dalam Liga Perdana pada musim 2005 dan muncul juara.

Pasukan itu kemudian mencipta sejarah apabila muncul juara tiga piala semusim iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada dua musim berikutnya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan