Harimau Malaya Kekal di Ranking 157 FIFA

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kurang menyertai perlawanan antarabangsa kelas A menjadi antara sebab pasukan Malaysia kekal pada ranking ke-157 dunia.

Ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menunjukkan mata yang dikumpul skuad Harimau Malaya bimbangan Datuk K. Rajagopal merosot kepada 134 berbanding 130 bulan lepas.

Walaupun skuad negara terlibat dalam dua perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Arsenal dan Manchester City bulan lepas, ia tidak dikira dalam penilaian mata oleh FIFA.

Senarai kedudukan terkini itu menunjukkan pasukan Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Nepal yang berada pada ranking ke-155, Palestin (154) dan Kepulauan Curacao (158).

Dalam kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia kekal di tempat kelima di belakang Vietnam (120), Thailand (135), Filipina (152) dan Indonesia (156).

Singapura, dengan ranking 162 dunia, berada di belakang Malaysia.

England, yang sebelum ini menghuni tangga keempat, merampas tempat ketiga ranking dunia daripada Uruguay selepas mengumpul 1,294 mata berbanding pasukan dari Amerika Selatan itu dengan 1,236 mata.

Sepanyol dan Jerman masing-masing kekal pada ranking pertama dan kedua dunia. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan