Ferguson Nafi Sudah Miliki Van Persie

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ferguson nafi Van Persie sudah sertai Man United.
Ferguson nafi Van Persie sudah sertai Man United.

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson mendedahkan bahawa kelab itu perlu 'memecah dinding' dalam usaha mereka untuk mendapatkan pemain Arsenal, Robin van Persie.

Man United telah membuat tawaran sejak musim lalu kepada pemenang kasut emas Liga Perdana Inggeris (EPL) ini.

Bagaimanapun minat itu dilihat tersekat selepas mendapat tahu jiran mereka, Manchester City serta Juventus turut membuat tawaran terhadap Van Persie.

Manakala pengendali Arsenal, Arsene Wenger tidak pernah menjual seorang pun pemain di bawah kendaliannya kepada Man United.

"Kami telah membuat tawaran, tetapi mereka telah cuba berbincang dengan kelab-kelab lain.

"Saya tiada 'hati' lagi buat masa sekarang, saya hanya menerima keadaan ini. Kami tidak akan bertanyakan apa-apa kepada Arsenal.

"Ia semakin sukar dengan cara mereka mengendalikan situasi ini.

"Saya tidak faham apa yang mereka fikirkan kerana tidak ada apa yang boleh membantu," jelas Ferguson.

Selain itu, khabar angin pada Rabu turut tersebar dengan laporan Van Persi telah ke Manchester bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Saya tidak boleh beri apa-apa maklumat mengenai perkara itu. Kami hanya perlu bersungguh-sungguh dan berharap ada jalan keluar mengenai perkara ini.

"Namun buat masa sekarang tidak ada sebarang perubahan terbaru," tambah Ferguson.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan