Cardiff Intai Bellamy

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bellamy turut menjaringkan gol untuk Britain pada aksi menentang Senegal di Sukan Olimpik baru-baru ini.
Bellamy turut menjaringkan gol untuk Britain pada aksi menentang Senegal di Sukan Olimpik baru-baru ini.

BOS Liverpool, Brendan Rodgers mengesahkan pihaknya telah berbincang dengan Cardiff City untuk melepaskan Bellamy kembali ke Selatan Wales.

Pemain berusia 33 tahun itu baru menamatkan aksi Sukan Olimpik bersama Great Britain dan kini bakal kembali ke kampung halaman pada tahun terakhir kariernya.

"Kami sedang dalam perbincangan dengan dia dan Cardiff," jelas Rodgers.

Rodgers mengakui telah berbincang dengan Bellamy ketika awal tempoh cuti musim panas ini, di mana penyerang itu turut mendedahkan perasaannya untuk berada lebih dekat lagi dengan keluarganya.

"Saya pernah berjumpa dengan Craig sebelum saya berada di sini.

"Dia adalah penyokong kuat Liverpool tetapi saya memahami apa yang difikirkannya.

"Umurnya telah 33 tahun dan telah mengelilingi negara sepanjang hidupnya,jadi itu adalah alasan yang munasabah.

"Kami akan menilai situasi itu dan kami mengucapkan selamat berjaya kepadanya," jelas Rodgers.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan