Suarez Ikat Kontrak Baru Dengan Liverpool Bernilai £120,000 Seminggu

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Luis Suarez
Luis Suarez

LUIS SUAREZ telah menandatangani kontrak baru dengan Liverpool dengan memperolehi gaji dua kali ganda bernilai £120,000 seminggu (RM581,163).

Kontrak baru itu mengikatnya untuk empat musim lagi bersama Liverpool.

Ini bermakna pemain Uruguay berusia 25 tahun itu akan terus bermain di Anfield sehingga 2016.

Dengan nilai kontrak semewah itu, Suarez kini berada dalam kategori yang setaraf dengan Steven Gerrard dari segi bayaran gaji dan imbuhan.

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers menegaskan mereka perlu segera melanjutkan kontrak Suarez kerana terdapat beberapa kelab terkemuka yang telah menunjukkan minat mendalam untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Juventus dikatakan salah sebuah kelab berkenaan.

Dalam satu perkembangan lain, penyerang Swansea City, Joe Allen dijangka menyertai Liverpool selepas mengadakan pertemuan dengan pengurus pasukan Michael Laudrup.

Penjaga gol Birmingham, Jack Butland juga menjadi buruan Liverpool. Butland baru-baru ini bermain sebagai penjaga gol utama skuad Great Britain dalam Sukan Olimpik.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan