Olimpik-Bolasepak: Mexico Mara Ke Final Buat Kali Pertama

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain-pemain Mexico meraikan kejayaan mara ke final selepas menewaskan Jepun pada aksi separuh akhir awal pagi Rabu.
Pemain-pemain Mexico meraikan kejayaan mara ke final selepas menewaskan Jepun pada aksi separuh akhir awal pagi Rabu.

MEXICO mencatat sejarah baru apabila berjaya masuk ke perlawanan akhir bolasepak buat pertama kalinya selepas menumpaskan Jepun 3-1.

Pemain gantian, Javier Cortes menjadi hero Mexico apabila dia menjaringkan gol kemenangan itu dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Wembley.

Mereka akan bertemu Brazil dalam perlawanan penentu pingat emas Sabtu ini. Brazil melangkah ke final dengan menewaskan satu lagi pasukan Asia, Korea Selatan 3-0.

Namun begitu, kejayaan Mexico turut diselubungi dengan berita malang apabila pemain Tottenham, Giovani Dos Santos mengalami kecederaan dan mungkin tidak dapat turun dalam perlawanan akhir nanti.

Mexico terpaksa bangkit dari kejutan apabila Yuki Otsu menjaringkan gol yang cantik pada minit ke-12 untuk membolehkan Jepun mendahului 1-0.

Tetapi Marco Fabian berjaya menanduk masuk sepakan sudut yang diambil oleh Dos Santos’ pada minit ke-31 bagi mengikat kedudukan 1-1.

Pada separuh masa kedua, Mexico bangkit dan Oribe Peralta menjaringkan gol kedua dari jarak 25 ela melepasi penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda.

Dan akhirnya Cortes langsung memadamkan harapan Jepun untuk ke final dengan jaringannya pada minit ke-93 perlawanan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan