Frank Lampard Kembali Ke Skuad England

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lampard kembali sertai skuad The Three Lions.
Lampard kembali sertai skuad The Three Lions.

FRANK LAMPARD akan disenaraikan semula sebagai sebahagian daripada skuad England di bawah pengurusan Roy Hodgson, demikian lapor akhbar paling popular Britain, The Sun.

Pemain veteran Chelsea berusia 34 tahun itu akan dipanggil menyertai skuad England yang akan berhadapan dengan Itali dalam perlawanan persahabatan pertama mereka selepas tersingkir pada peringkat suku akhir kejohanan Euro 2012.

Dalam kejohanan itu, England disingkirkan oleh Itali menerusi penentuan sepakan penalti.

Lampard tidak disenaraikan mewakili England dalam kejohanan itu kerana belum pulih dari kecederaan.

Hodgson akan menamakan senarai penuh skuadnya Jumaat ini. Lampard telah mewakili England sebanyak 90 kali.

Selain Lampard, rakan sepasukannya Daniel Sturridge yang bermain cemerlang mewakili pasukan Great Britain dalam Sukan Olimpik dan Gary Cahill akan turut disenaraikan dalam perlawanan persahabatan itu.

Tags / Kata Kunci: Frank Lampard , Roy Hodgson , Chelsea , Euro 2012

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan