Usain Bolt Rayu Sir Alex Beri Dia Peluang Bermain Untuk United

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Usain Bolt
Usain Bolt

MANUSIA terpantas di dunia, Usain Bolt telah merayu kepada Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson supaya memberinya peluang untuk menjalani ujian dengan kelab bolasepak paling berpengaruh dan popular di dunia itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar Britain, The Sun pada Selasa, juara dua kali 100 meter Sukan Olimpik itu menegaskan, impiannya yang seterus adalah untuk menyarung jersi Manchester United.

Bolt, 25, dan Ferguson saling mengenali antara satu sama lain ekoran lawatan pelari pecut itu ke Manchester pada tahun 2009.

“Orang mungkin ingat saya bergurau tetapi jika Alex Ferguson menelefon saya dan bertanya mahukah anda menjalani ujian dengan kelab ini, tidak mungkin saya berkata tidak," ujarnya.

Bolt mendakwa yang beliau bukan sahaja berlari pantas tetapi juga boleh bermain bola.

Pelari Jamaica yang tinggi lampai itu (6 kaki 5 inci) menambah yang beliau akan berada di Britain untuk beberapa hari lagi dan jika Alex Ferguson mahu berjumpa dengannya, "dia tahu di mana hendak mencari saya."

Bolt yang mencatat rekod baru 100m dalam Sukan Olimpik dengan kepantasan 9.63 Ahad lalu menyatakan impiannya untuk bermain di bahagian sayap dan digandingkan dengan Wayne Rooney.

Beliau kini adalah manusia paling popular di muka bumi. Lariannya disaksikan oleh lebih 80,000 penonton di Stadium Olimpik termasuk Putera William dan Putera Harry yang merupakan peminat setianya.

Malah Bolt turut memecahkan rekod penonton televisyen di Britain dengan lebih 20 juta orang menyaksi lariannya Ahad lalu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan