Spurs Masih Menunggu Harga Sesuai Modric

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Luka Modric
Luka Modric

PENGURUS Tottenham Hotspur, Andre Villas-Boas berkata, kelab ini masih menunggu harga yang ditawarkan bagi Luka Modric dan sekiranya tiada tawaran, pemain itu dijangka akan kembali menjalnai latihan bersama pasukan utama.

Sebelum ini, Spurs dilaporkan telah menolak tawaran yang dikemukakan Real Madrid bagi mendapatkan khidmat perancang kelab itu.

Real telah mengemukakan tawaran kepada Spurs iaitu pertukaran pemain selain yuran perpindahan dalam usaha mereka membawa masuk Modric ke Santiago Bernabeu.

Kelab gergasi Sepanyol itu menawarkan khidmat dua pemain iaitu Nuri Sahin atau Ricardo Carvalho sebagai pertukaran dengan Modric.

Bagaimanapun, Spurs tidak tertarik dengan tawaran tersebut, sebaliknya tetap dengan pendirian mereka yang meletakkan tanda harga bernilai £40 juta (RM193.9 juta) bagi mana- mana kelab yang berminat dengan Modric.

Villas-Boas berkata. Modric masih lagi menjalani latihan berasingan.

"Ia sangat penting baginya melakukan persiapan untuk kembali bersama pasukan utama kerana pemain-pemain lain berada dalam tahap yang berbeza dari segi persiapan, komitmen dan fokus.

"Dia perlu faham bahawa kelab tidak boleh membuat sebarang keputusan mengenai tawaran itu, kami mempunyai harga dan nilai tersendiri yang dipertahankan dan kami masih menunggu harga yang ditawarkan.

"Kami akan cuba menyelesaikan secepat mungkin dan sudah jelas Luka telah menghadapi situasi ini walaupun sukar," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan