Man City Boleh Miliki Daniel Agger Jika Sanggup Bayar £22 Juta

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Agger menjadi perhatian pasukan Man City.
Agger menjadi perhatian pasukan Man City.

MANCHESTER CITY yang masih tercari-cari pemain baru untuk memperkuatkan pasukan mereka musim ini telah dimaklumkan oleh Liverpool bahawa mereka boleh membeli pemain antarabangsa Denmark, Daniel Agger hanya pada harga £22 juta (RM106 juta.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu secara tidak rasmi telah menyatakan hasrat mereka untuk membeli pemain berusia 27 tahun itu.

Agger masih ada baki kontrak dua tahun lagi bersama Liverpool.

City menawarkan bayaran sebanyak £18 juta (RM87 juta) kepada Liverpool.

Tetapi kelab Anfield itu meletakkan harga Agger setaraf dengan Joleon Lescott iaitu £22 juta - harga yang City bayar kepada Everton untuk mendapatkannya pada tahun 2009.

Sepanjang kariernya bersama Liverpool selama enam musim, Agger berhadapan dengan beberapa kecederaan yang serius malah kini masih lagi belum pulih sepenuhnya.

Dia tidak disenaraikan dalam skuad yang bertemu dengan FC Gomel dalam pusingan ketiga Liga Europa minggu lalu bagi membolehkannya pulih sepenuhnya menjelang pembukaan musim baru tiga minggu dari sekarang.

Namun selepas itu, Rodgers memberi lampu hijau untuk Agger kembali menjalani latihan di Melwood.

Sementara itu agen Agger, Per Steffensen mendakwa dia tidak diberi alasan diketepikan dan menafikan Liverpool telah diberi kontrak baru.

Selain itu, seorang lagi pemain Liverpool Craig Bellamy turut dikatakan bakal keluar meninggalkan kelab itu bagi menyertai Cardiff City beberapa hari lagi.

Pengurus Liverpool Brendan Rodgers mahu mengekalkan pemain veteran berusia 34 tahun itu tetapi akhirnya akur dengan permintaan Bellamy yang mahu berada dekat dengan keluarganya di selatan Wales.

Bellamy pernah bermain untuk Cardiff secara pinjaman pada musim 2010-11.

Dan sebagai ganti, Liverpool kini akan meneruskan usaha mereka untuk membeli pemain Swansea City, Joe Allen.

Pengurus baru Swansea, Michael Laudrup dijadualkan berunding dengan Allen pada Rabu untuk menentukan masa depannya.

Swansea telah pun menolak permintaan awal Liverpool untuk membeli Allen pada harga £12 juta dan kini Liverpool dijangka membuat tawaran baru sebanyak £15 juta.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan