Roberto Carlos Umum Persaraan

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain pertahanan Brazil dan Real Madrid, Roberto Carlos secara rasminya telah mengumumkan persaraannya sebagai seorang pemain bolasepak profesional.

Kelab terakhirnya ialah Anzhi Makhachkala iaitu kelab terkaya dalam Liga Rusia yang terletak di Daerah Dagestan.

Pemenang Piala Dunia 2002 itu menyertai kelab dari Rusia itu pada Februari 2011, tetapi telah tidak lagi turun ke padang sejak Mac lalu.

Pengurus baru Anzhi, Guus Hiddink turut mengesahkan yang Roberto Carlos, 39, telah membuat keputusan untuk bersara sepenuhnya sebagai pemain profesional.

"Bagaimanapun, Roberto mulai sekarang akan memegang tugas baru sebagai duta kelab ini dalam usaha untuk memajukan sukan bolasepak di wilayah Dagestan dan juga Rusia," kata Hiddink.

Sementara itu, Roberto Carlos berkata yang beliau sedang mengatur satu perlawanan perpisahan menentang bekas kelabnya Real Madrid tidak lama lagi.

"Kami telah pun bertemu dan berbincang dengan Presiden Real, Florentino Perez dan membincangkan kemungkinan ini dan dia sangat berminat untuk mengaturkan perlawanan antara Real dan Anzhi," kata Roberto Carlos.

Roberto mahukan perlawanan perpisahan itu diadakan di Anzhi.

Selain memenangi Piala Dunia, Roberto Carlos turut bermain dalam tiga Piala Dunia iaitu pada tahun 1998, 2002 dan 2006 dengan mencatatkan 125 cap untuk Brazil.

Pemain itu mencipta nama bermain selama tiga musim bersama Palmeiras, sebelum berpindah ke Inter Milan selama semusim sebelum dibeli oleh Real Madrid.

Dia menghabiskan 11 musim bersama Real - sekaligus mencatat sejarah sebagai pemain pertahanan paling lama bermain untuk kelab Sepanyol itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan