Marzuki Semakin Pulih Dan Tidak Sabar Beraksi

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kapten pasukan Terengganu Marzuki Yusof semakin pulih daripada kecederaan dan mula menjalani latihan ringan bersama pasukan Terengganu.

Pemain pertahanan berusia 31 tahun itu sebelum ini terpaksa berehat panjang setelah menjalani pembedahan di bahagian lutut ekoran kecederaan yang dialaminya dalam beberapa siri perlawanan Liga Super awal musim lepas.

Malah Marzuki kini dilihat bersemangat dan bertekad memberikan aksi terbaik jika ketua jurulatih skuad Penyu, Peter James Butler memberi peluang mempamerkan aksinya pada kempen Piala Malaysia selepas Aidilfitri ini.

"Walaupun masih dalam 'pantang', saya tetap kembali membuat latihan secara ringan untuk mengembalikan serta meningkatkan stamina selepas berehat panjang dan kini tidak sabar untuk merebut kembali posisi yang ditinggalkan itu.

"Masa sesi latihan saya tidak rasa sakit-sakit lagi dan kini saya kian yakin dan tidak sabar untuk beraksi jika Butler memberi peluang ke dalam padang," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Namun jelas bapa kepada dua cahaya mata ini, keputusan bergantung kepada jurulatih dari England itu, sama ada untuk menurunkannya atau kekal direhatkan.

Sepanjang ketiadaan Marzuki sejak awal tahun ini, barisan pertahanan Terengganu dibarisi Hasmizan Kamaruddin, Mohd Muslim Ahmad dan Mohd Faizal Muhamad.

Kini Marzuki berharap dapat kembali beraksi seperti biasa dan kecederaan itu bukan penghalang baginya untuk beraksi mencorakkan kekebalan benteng pertahanan Terengganu daripada dibolosi lawan. "Saya tidak sabar untuk beraksi dan tidak sabar untuk menyekat kemaraan dua seteru utama Terengganu iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan dalam kempen Liga Malaysia nanti," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan