AUG 2012: Skuad Bola Sepak Negara Sasar Layak Ke Final

Diterbitkan: Khamis, 2 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak institusi pengajian tinggi negara menyasar untuk mendapat pingat emas pada Sukan Universiti Asean (AUG) 2012 di Laos pada Disember ini, kata jurulatihnya Azman Eusoff.

Beliau berkata sehubungan itu pihaknya akan menyediakan pasukan yang mantap dengan menguji pemain melalui perlawanan persahabatan sebagai persiapan awal, menentang Negeri Sembilan di Paroi Sabtu ini dan Sime Darby FC di Stadium UiTM, Shah Alam Isnin ini.

"Saya mahu mendapatkan satu kombinasi pasukan yang mantap dan pasukan yang ada nanti dapat menunjukkan permainan setaraf pemain kebangsaan," katanya.

Pada AUG 2008 di Kuala Lumpur, pasukan negara berjaya meraih pingat perak, bagaimanapun terkandas setakat peringkat kumpulan pada edisi 2010 di Chiang Mai, Thailand.

Azman berkata pasukannya juga dijangka menggunakan khidmat empat pemain kebangsaan iaitu Mahalli Jasuli, S.Subramaniam, Mohd Bunyamin Umar dan Amir Ridzuan Taj Tajuddin.

Namun perkara itu belum dapat diputuskan kerana kedua-dua kejohanan AUG dan Piala AFF Suzuki yang melibatkan pemain kebangsaan itu akan berlangsung akhir tahun, katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan